Salam Berkenal-kenal

Salam. Terima kasih kerana menziarahi blog aku. :) Sila tinggal kan jejak sekali ya kawan. Supaya aku dapat ziarah blog anda kembali. [ngee.] Izin kan aku link blog anda di sini. Dan jika ada yang belum di link. Sila maklumkan juga. Sila tegur jika ada apa-apa kandungan blog yang tak sesuai or t'over.. (ececeh..blog akuh kot...suke2 suki akuh laa..) hehe tapi kalau nak tegur, tak kesah. Aku terima saja teguran itu. Maaf seribu kali maaf andaikata blog aku ada menyindir sesiapa. Ada menyakitkan hati sesiapa. Atau apa-apa saja lah pada sesiapa. Maaf ya. Blog nyh hanya tempat aku nak berkongsi perjalanan hidup aku, apa yang berlaku pada aku. perasaan aku. dan segala macam lagi.. salam. :)


Luangkan masa anda di sini juga ye?

http://downloadfullalbum.blogspot.com

Mereka Yang Sudi Berkongsi

Result Oh Result
Result dah keluar dah. Kat student portal kata pukul 10 malam baru boleh check. Tadi pukul 6 saje je aku usha kut lah dah keluar. Sekali dah keluar lak kann. Ohaiyo.. Alhamdulillah. Semua subjek lulus. Alhamdulillah sangat-sangat yang DUA itu lulus. Apa yang dua? Manufacture ngan mechanical design lah. hoho. 2 subjek neh aku paling cuak takut failed. seperti yang di jangka, CSI ngan Automotive je yg dapat A.. yang lain biasa2 je. Walau apa pun, aku terima dengan redha. Walaupun ada sikit terkilan kan. Berbaloi lah dengan usaha yang aku letakkan. Aku pun bukan nya study beriya sangat tang hafal2 neh. Study gitu2 je. Mujur lulus. Tak kisah la tak dekan pun. Kekeke. Dapat rasa dekan sekali last sem pun dah ok dah. Takda ar sedih sangat.

Terima kasih Puan Salina sebab bagi saya lulus Manufacturing. :)
Terima kasih En Rozaini sebab bagi saya lulus Mechanical Design. :)
Terima kasih En Huzaifah sebab bagi saya lulus Fluid Power. :)
Terima kasih Ir Zul & Sir Lim sebab bagi saya A, Automotive Engine dan Control System.
Terima kasih banyak2.
Terima kasih kawan-kawan yang selalu tolong dalam belajar.
Jasamu anda semua di kenang sampai mati.

Senang hati. :)


regards:
azwazynal.blogspot.com
Update Lagi :)
Salam. hehe. gila lama rupanya aku tak update. since banyak sangat hal nak jadi. jom semak diari harian aku selama seminggu berlalunya bulan 12. So entry kali ni MAY BE panjang sikit lah u all. maklum lah dah lama tak menaip gini. kalau nak baca sila kan. hehe. tak nak baca, ya udah. hehe. lets begin...

2 Disember 2009.
Pagi-pagi lagi dah berangkat ke Muar besama dengan Mak Anjang aku dan Shazny. Menuju ke Bangunan Kementerian Sumber Manusia di Bandar Muar. Ada urusan di Pejabar P****a. U know what, aku sangat terkejut bila masuk kat pejabat tu. huhu. bukan terkejut apa. Tengah aku duk usha sapa ada dalam bilik b****a, boleh pulak kan aku terpandang muka satu mamat neh. ngee. dan aku sangat kenal ngan org nya. OMG! Punya lah besar johor neh, macam mana boleh TERjumpa ex aku kat sini. Aku nampak dia dengan abang2 dia. Erm. Bayangkan lah, kebetulan ke apa buleh jumpa kat office nih. Entah lah. Erm, lepas blah dari situ, gi makan jap. Tunggu pak cik2 aku. Pastu, patah balik gi office tadi. pastu tah macam2 lagi lah office kitorang pergi. sampai pening2 aku di buat nya. haha. malam tu tido umah busu ela. besh. :)

3 Disember 2009
Still membusykan diri dengan pakcik makcik aku. Hari ni kat tabung haji pulak. erm. tapi hari ni kejap je urusan nya. ni pun macam2 office gak gi. kekeke. petang tu terus balik Batu Pahat. Yeah. Seronok.

5 Disember 2009
Ke Rengit dengan Iefa. Ada kerja kahwin kakak farah. hehe. hari yang sama dengan sorang schoolmates aku masa sekolah dulu. tapi aku tak gi umah dia. sebab tak kenal sangat. haha. maluuuu. :P balik rumah pun dah petang sangat. hajat nak gi it fair, n balik tongkang. tapi tak jadi.

6 Disember 2009
Pergi hantar kakak aku kursus kat Renaisance Hotel, Melaka. Haha, nak taknak dia kena jugak jejak kat Melaka. :P kitorang sebenar nya dah tak suka nak gi melaka. adalah sebab-sebab tertentu. huhu. Pas hantar dia, pusing-pusing kat bandar Muar dangan abang aku cari Island Red Cafe (IRC). tapi tak jumpa. last-last makan kat mana tah. pastu terus balik Batu Pahat dengan perasaan tak sabar nak tidur. :)

7 Disember 2009
Pagi-pagi iefa datang umah. Kitorang gi joging kat tasek Y. haha. poyo je nak joging. Eh, 6 round tau kitorang pusing tasek Y. Haaa jangan tak caya. Penat doe. Sambil solve rubic cubes. haha. Aku dah berjaya. Sapa nak belajar? meh meh. bdw, thanks iefa.. kekeke. Lepas tu pergi Save n Save beli beg. ala beg yang boleh isi barang banyak2 tu. RM9.90 satu. huhu. 5 ko aku beli. balik rumah terus siap-siap, and balik rumah tongkang dengan abang. Kitorang pack barang2 kat sana. Saja nak kemas. Baju-baju arwah mak n arwah abah dulu. banyak lagi yang elok2. baju2 kitorang yang dah tinggal sana, semua aku balun bawak gi sini. PSOne abang aku pun aku kaut bawak gi sini. hehe. 3 beg je muat masuk kete. kuikui. yang lain may be next tyme. tunggu abang2 aku yang siap pack baru angkut. erm. :)

8 Disember 2009
Aku lepak rumah je. Abang, and angah selesaikan urusan lain. Angah makan tengah hari kat sini. Erm. :)
Aku percaya setiap kejadian & peristiwa yang berlaku sebelum ni semua punya makna yang tersendiri & tersembunyi. Alhamdulilah. Aku harap, hubungan kami adik-beradik pulih seperti sediakala.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kehidupan kami.
Kau tentukan lah sebaik-baik kesudahan buat kami semua. Amin."

Esok 9 Disember, ambik kakak aku kat Melaka. Dia habis kursus esok. Gi ngan abang aku la. :P
10 Disember ni result keluar. Takut. Cuak. Semua ada. Erm. Doakan aku dapat result yang elok ya :)

Haa tu je lah nak update kutt. hehe. gambar semua check out kat facebook k. :)

Ouh ye. Ingat tak before iih aku asyik cerita pasal nuffnang? Sorry lah k sapa yang join aku punya list. Aku dah delete pun. Entry-entry pun semua aku dah delete. Tak payah explain, korang mesti dah tau kan kenapa? hehe. Kepada yang memfollow aku sbb nuffnang, kalau korang nak stop follow pun aku tak kisah. Up2u all k. :) Dah dah. aku stop dulu. haha. see ya next tyme.

regards:
azwazynal.blogspot.com
Update Secara Ringkas
Hi :) how was ur Eid celebration? pasti menarik kan. hehe. aku? hari-hari yang di lalui sama je macam hari-hari biasa. takda apa yang menarik pung. entah la. nanti aku cerita.


dah masuk minggu ketiga cuti semester. bosan. aku taktau nak buat apa kat rumah ni. aktiviti aku hari-hari, melepak kat blog korang, berfacebook, mendownload anime. itu aje lah. kalau laptop buat hal, ngadap tv. macam takda life kan? haha.


itu lah dia. itu lah aku tiap kali cuti sem. hari-hari sama je. takda kemajuan pung. hari-hari kena marah. hari-hari ada je benda tak kena. menyampah betul aku. kadang-kadang aku rasa takyah ada cuti sem pun lagi bagus agaknya. salah orang lain aku jugak yang kena. orang lain punya hal, aku jugak yang kena. kalau aku punya hal, lagi lah bertalu-talu kena. fed up sial.


selalu kita rasa hidup ni tak adil buat kita. kan? aku percaya korang pun rasa perkara yang sama. nak tak nak, kena teruskan juga hidup neh. apa boleh buat? erm.


regards:
azwazynal.blogspot.com
Gembira & Sedih Bercampur.
Rasa macam dah lama je tak update blog. sibuk dengan nuffnang lah katakan. hahaha. internet sampai dah semput2 aku nengok.. aku rasa korang pun ramai yg tak update. kenape wehhh? haha. sibuk klik gak erh? erm.. acc nuffnang aku dah naik juga la. letih gak aku nak gi bukak satu-satu blog, duk F5 berkali-kali sampai ads tu muncul.. kalau aku tulis "nuff nan ado" ke apa ke tu maksud nya aku dah penat F5 lah tu. haha. okeh2. stop cerita pasal nuffnang.


hari ni ada cerita gembira, dan cerita sedih yang ingin aku kongsikan dengan korang semua.

Cerita Gembira:
  • Keluar dengan member-member sekolah. Seronok. Walaupun tiap kali cuti sem jumpa, tetap seronok. Ada jugak yang dah 2 tahun lebih, baru tadi jumpa. Termasuk lah kawan aku yang sakit. Dia dah bertambah okeh sekarang. Alhamdulillah walaupun tak pulih sepenuhnya, tapi dia masih berpeluang meneruskan kehidupan dia. Kuasa Allah kan. Doktor pernah kata dia dah tak ada harapan. Tapi itulah Dia. Hanya Dia yang berhak ke atas hidup kita semua. Dia yang menentukan segalanya. Aku harap dia pulih sepenuhnya. Lepas pergi lepak umah dia dan makan tengah hari percuma (tak sengaja ouh terdatang pas mak dia siap masak!), lepak Mc D. makan lagi. haha. tapi aku share dengan iefa. :p sebab dah kenyang makan nasi. hehe. pas hantar budak-budak nih balik, nak gi hambek kak aku. ada accident ouh kat simpang 3 tu. treler lak tu. hoho. pastu kak aku ajak gi mc D lagi. memang hari ni kerja aku makan je. gembira kan? hahahaa. makin besar lah diameter perut aku macam neh.
  • Mak Lang aku call. Haha anak dia @ sepupu aku lah kan, dapat tawaran belajar kat UiTM Penang dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal! haha! Terhenti jap jantung aku tadi. kekeke. By da way, Congrates lah Hariz. Don't worry, pensyarah-pensyarah Kejuruteraan Mekanikal UiTM Penang sangat baik, besh, supportive, dan sporting. Tak ada masalah. Cuma semua nya bergantung pada diri kita sendiri nak belajar betul-betul ke nak belajar main-main. Jangan silap pilih kawan. :) (Wehh. xdpt la aku nk poya2 dah.. :p kantoi nanti!)
Cerita Sedih
  • Kemungkinan BESAR family day tahun ni tak jadi. Peh. aku sangat dukacita sebab semua benda yg aku n kak aku kena buat, almost done. Erm, kitorang dah bayar pulak tu kat tempat penginapan tu. kitorang ambik bilik asing sebab nak datang awal. tiba-tiba dapat tau maybe cancel. haih, entah lah. aku memang frust gila viva punya. tapi apakan daya. siapalah aku nak cakap bebanyak. so baik diam. orang suruh buat, aku buat je lah. tah la. tak tau nak cakap macam mana. speechless aku di buat nya. akhirnya, kemungkinan-kemungkinan yang aku harap tak berlaku, tetap berlaku. haha. senyum je lah aku mampu.
erm. itu aje lah. lately ni aku agak bz sikit. macam-macam kerja nak buat. so kalau aku ada masa, aku akan bukak la blog neh. don't worry nuffnanger's, aku setia untuk mengclick :) melainkan ada perkara-perkara yang tak dapat di elakkan je. :)
till then.

p/s: nak upload gambar, tapi tak jumpa pulak mana cable sony aku.
regards:
azwazynal.blogspot.com
Jatuh Cinta Lagi & Keliru
ahai.. apa nak buat tah hari ni. tadi pagi pergi proton. teman akak aku, dia dapat jemputan untuk display kereta kat proton. hahaha. kereta ke reban ayam tah. berlapuk gila. malu i tau. hahaha. nasib baik lah brader proton pergi cucikan jap. kuikui. so hari ni aku sangat membuang masa selama beberapa jam di proton. tapi sempat gak aku usha kereta-kereta dan harga mereka kat sana. tiba-tiba aku jatuh cinta lak dengan satria neo CPS. da white one. peh. cun gila douh. memang mantop lah kalau dapat. fuh fuh. tergugat jiwa aku yang selama ni setia dengan honda CRV.


aku jatuh cinta dengan Honda CRV since form 1 lagi. masa kat tigs, kelas aku kat blok kayu yang belakang sekali. blok cempaka kalau tak silap aku nama dia. masa tu tigs ada sessi petang. budak-budak form 1 & 2 sessi petang. korang tau-tau je lahkan kalau petang mood belajar macam mane kan. memang ngantuk sokmo lah aku. huhe. so aku pun usha-usha kereta-kereta yang lalu lalang kat jalan raya. masa tu la aku sokerrrrr gila ngan CRV. tiap kali on da way nak balik rumah je mesti aku kira berapa banyak CRV yang aku jumpa. Even sekarang ni pun aku still usha kalau ternampak kereta CRV. Pehh, punya lah setia aku dengan CRV.

tapi sejak dipertemukan dengan Satria Neo CPS. sedikit sebanyak setia aku kepada CRV agak goyah. huahua. macam mana neh? kalau nak di ikutkan kuasa kuda dia, memang lah CRV boleh pergi lagi jauh. Body dia pun mantap. not bad. Memang perfect lah sebab sekarang kan dia dah tukar macam-macam kat CRV tu. Neo CPS pun tak kurang hebatnya. aduh. aku dalam di lema ni. walaupun lama lagi nak tunggu masa nak beli kereta ni. tapi aku kena ada matlamat sekarang. kalau dulu matlamat aku ingin memiliki honda CRV. tapi bila jumpa dengan Neo CPS yang more sporty, aku jadi keliru. hehe. macam nak pilih laki pulak gayanya. tapi serius weh. korang try lah usha kat proton tengok. tak pun, tengok je kat internet. ni aku ada upload jugak gambar kereta-kereta idaman aku, si CRV dan si Neo CPS. hehe. mana lagi menarik? harga takyah cakap lah, nanti masa aku nak beli, mesti harga dia dah turun kan. lama lagi neh. sempat lagi aku kumpul duit.

Honda CRV (bergaya seh!)

Satria Neo CPS (kacak kan?!)

So how?? Give me an opinion please. Aku takleh nak focus lah kalau takda matlamat. cewah. :p tapi betul. selama ni selain pikir pasal diri aku, & family, matlamat aku dalam belajar salah satunya, nak kerja bagus dan memiliki Honda CRV. tapi sekarang, bila ada 2 pilihan, aku jadi bengong tetiba. dah jadi hilang focus. hehe. sesapa yang pernah cuba kereta-kereta neh, boleh lah bagi pendapat. kalau korang pernah test drive, nak bagi pendapat pun takda hal punya. silakan. :) thanks.

jenguk-jenguk lah ke blog AzwaZynal ni selalu ya. :)


regards:
azwazynal.blogspot.com
Entry kepada mereka yang salah faham dengan post-post kat blog aku.

Ayoyo~ Sepatutnya weekend ni pergi JB. Tapi tak jadi la pulak. Sebab kak aku ada urusan lain ahad neh. ngee. Kempunan aku pergi beli roti yang sedap kat sana. Ouh. Selamat bertemu kembali ya di alam blog neh. Aku dah update nuffnanger's list. Ada tak nama korang? Hehe. kalau takda sila maklumkan lah ya.


Erm. Mesti ada yang pelik neh asal aku pi upload gambar kat atas nun. padahal dah terang tang-tang ada kat header blog aku kan. Hehe. Saja je. Takut-takut ada visitor yang terlepas pandang apa yang aku tulis kan. Apa yang aku cuba sampaikan kat atas tu, aku minta maaf kalau-kalau blog aku neh ada menyinggung sapa-sapa. Kot la kan ada yang kata aku mengutuk ke apa ke. maaf lah. blog aje tempat aku boleh berkongsi kisah aku, rasa aku, dan lain-lain. tak ada pulak aku niat nak kutuk mana-mana pihak. kalau ada yang rasa kena kutuk, sekali lagi aku minta maaf. kalau perlu, tinggalkan email ke apa ke. supaya boleh di jelaskan apa-apa perkara yang tak jelas. based on my experienced, salah faham ni adakala nya boleh timbulkan macam-macam masalah. mungkin bukan sekarang, tapi akan datang. siapa tahu kan?


macam tak percaya pulak, bila blog aku kena sound. hehe. ngan aku sekali kena sound. aduh. tolonglah faham. i just want to share what i feel, in this blog. Tak ada unsur-unsur mengutuk pun tau. saya pun manusia biasa juga. tak kan dapat lari dari berbuat kesilapan. maaf lah, saya terpaksa banned ip address anda. kalau ya pun saya di pihak yang salah, saya pinta supaya di tegur dengan cara yang berhemah. budi bahasa budaya kita dan melambangkan bangsa. betul tak? tak salah kalau cakap bebaik. bukan saya tak hargai penat lelah & usaha seseorang tu membangun mana-mana website. saya memang hargai sangat. tanpa anda, website tu tak kan wujud kan? apa-apa pun, setiap entry yang berunsurkan pendapat yang saya post di blog AzwaZynal nih, hanya lah pandangan saya semata-mata. bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. kalau ada entry-entry yang ada unsur kutukan yang tak boleh di maafkan, sila beritahu. boleh lah saya edit balik apa yang saya post tu.


macam yang pernah saya post kan sebelum-sebelum ni, blog ni kan merupakan salah satu medium untuk kita berkongsi pendapat. jadi saya rasa tak salah kalau saya nak post apa-apa pun dalam setiap inci entry saya. dan saya percaya ada orang lain yang turut sependapat dengan saya. bezanya, mereka tidak menggunakan blog untuk berkongsi rasa. mungkin di facebook? myspace? friendster? wallahualam. apa-apa pun, saya bersyukur sekarang ni. dengan apa yang saya ada, dan dengan apa yang saya dapat. sila lah luang-luangkan masa baca entry saya sebelum2 ni. Allah sahaja yang tahu sejauh mana tahap kesyukuran dari hambaNya ini.


ouh. cuti-cuti semester ni baru lah ada masa nak update segala bagai. tengah cuti kan. kalau dalam minggu kuliah, memang paling-paling pun sempat post entry je. nak renovate-renovate bagai memang tak sempat lah. huhu. okeh lah. dah ngantuk. sebelum publish post neh, sekali lagi saya mohon maaf kepada pihak yang berkenaan.





notakaki: orang kata "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."
sama lah macam aku kot, kerana 1 entry. huhu


regards:
azwazynal.blogspot.com
Blog Widget by LinkWithin
Web Statistics