My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nazaikha.com
and update your bookmarks.

Wednesday, September 30, 2009

Diari 2 Syawal!~

Yeahh. Maka bertemu kita sekali lagi dalam diari 2 Syawal aku. wah wah. meriah betul syawal aku tahun ni. siap nak berdiari-diari segala bagai. kekeke. so apa yang menarik dengan hari raya kedua korang? banyak ke koleksi duit raya? banyak ke sedara mara yang datang ke rumah? hehe. aku? ok lah, jom sambung ceritera kisah raya ni :)

-------------------------------------2 syawal-----------------------------------

macam hari raya pertama jugak. kat kampung aku masih belum ada yang balik. semua sepupu sepapat balik lewat. dah amatlah bosan duduk ngan kanak2 sokmo. at last dah dekat nak maghrib baru lah satu demi satu family sampai rumah atok. wah wah alangkah bahagia nya jiwa. ahaha. finally nya sampai juga dorang. rindu. haha gedik. anyway, sebenarnya malam ni kitorang satu family ada buat majlis tahlil. sebagai tugu peringatan buat mereka-mereka yang telah tiada. takda lah orang ingat nanti kami semua ni duk beraya sakan. sampai tak ingat orang yang dah takde. no no no. kami semua tetap ingat akan mereka tau. tak pernah lufer okeh. kasih sayang antara keluarga bukan mudah nak dilufer. malah akan selalu mekar di hati. gitu.... hahaha..



Gambar 1: Aku suke gambar nih. nampak comel je anak buah aku ni solat bedua.
rafiudin dan qusyairi. dah lah pakai baju upin ipin. hahaha gile cumel!


nak di jadikan cerita. semua nya sibuk lah menyediakan rumah, juadah dan pelbagai. walaupun tahlil antara family je tak jemput orang kampung. tapi masak nya punh dah macam nak bagi 2, 3 kampung join sama. ate... semua nya kuat mentekedarah.. haha.. opsss terkasar pulak beta.. maafin.. :p dengan satay, nasi beriani, dan pelbagai lauk pauk, buah-buah. macam2 lah. memang sorgaaa lah aku makan malam tuh. hehe. sebenarnya masa mula aku bukan tolong sangat pun. asek je melepak ngan cousin2 aku. bajet macam lama gile tak jumpa. bila dah kena sound baikkkk punya ngan salah sorang makcik aku. baru lah kitorang meringan2kan tangan. kekeke. ate kalau dah semua yang veteran2 duk kat dapur je dah penuh, kalau kami yang muda remaja nak join sekali, alamat roboh lah dapur atok aku nanti. hahahak. semua dah lah badan macam hapa. erkk!! abes lahh..!



Gambar 2: Sekitar majlis tahlil.


Gambar 3: Collect duit raya. Akak cameraman yang sorang ni tah ape benda tah yang dia gondam kat camera dia tuh. hahaha..


Gambar 4: Sessi "mengumpat" haha. sedih tak dapat duit raya.

Gambar 5: acara memenuhkan memori kad camera.

selesai tahlil, bermulalah majlis bagi2 duit raya. hehe. tahun ni boleh tahan jugak duit raya yang aku dapat dari dorang semua. kayo lah makcik nokk! haha.. sesudah je bagi2 duit raya, maka tibalah saat yang di nanti2kan. MAKAN!!! yeehaa... agak banyak jugak aku makan.. ahhaa aku kalau bab makan memang favourite lah weh! takyah cakap lah.. haha.. sambil nengok2 pakcik2 dan abang2 membakor satay, yang lain semua enak menjamu selera. bebudak pulak semuanya ngadap tv. tetiba ada pulak yang bawak keluar bunga api. haha gile sopan k. kitorang tak main lah mercun2 nih. bahaya dik non... kang putus jari, sapa nak jawab? jiran sana sini main mercun bunyi dentum dentam. kitorang? alalala.. bunyik kentut aku lagi kuat agak nya. wah2 kao... ahha tade lah over sangat sampai cam tu. kekeke. bebudak kecik seronok lah main bunga api. zaman aku dah lepas dah. bagi peluang lah kat dorang. hehe.. kang kalau join sekali, alamat tak main lah bebudak kecik2 tu nanti. okeh lah. jom lah layan gambar. memang banyak gambar aku nak jaja nih. hehe. nak cerita, dah tatau nak cerita cemana. so baik kita kaji gambar aje k.



Gambar 6: Antara juadah yang di hidangkan. Tak koser eh nak ngambik gambar satu satu lauk. banyak sangat...nih pun ada yang belum di angkat lagik.. ngee.

Gambar 7: Sibuk membakar satay.


Gambar 8: Utamakan yang tua dahulu. dorang dah selesai, barulah kitorang selesaikan belen2 tuh.

Gambar 9: Oh abang sedara aku tuh baru dapat anak. dan makcik aku mengendeng2 dekat cucu sedara dia. hehe. nak tunggu cucu betul, lama lagi lah......

Gambar 10: ceera.. anak kakak aku. enak main bunga api. bukan nak aku main sikit. haha.
-----------------------------------------------------------------------------


ye..ini je lah yang dapat aku kongsikan pasal hari raya kedua aku. tak de beraya mana-mana pun. tapi sangat lah besh dapat duit raya dan makan2 dan juge berkumpul dengan sanak saudara semua. memang gamat lah malam tuh. sampaikan ada jiran tanya kat mak cik aku, ada buat openhouse ke? haha kami buat majlis tahlil lah.. maaf lah kalau bising sangat dan mengganggu ketenteraman awam.. hehe. erm. ni baru hari raya kedua. naseb baik aku tak combine semua kisah raya dalam 1 entry. kang muntah2 lak korang baca, hehe. k itu aje lah. esok aku cerita pasal hari raya ke 3 aku pulak ye. jumpa lagi besok!


regards:
Azwa Zynal
http://azwazynal.blogspot.com

0 Kata-kata Pujangga:

Tuan Punya Blog

Aku. Masih mencari erti kehidupan. Kasih Sayang. Persahabatan.

Entri Berkaitan!~

Related Posts with Thumbnails

Click My Ads :)