My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nazaikha.com
and update your bookmarks.

Tuesday, October 27, 2009

Review - Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut!~

Ingat lagi tak kat entri lepas aku ada cakap aku, kak aku, ngan abg aku gi Perak? Yeah.. Destinasi kami adalah:

Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
Lokasi: Jalan Teluk Senangin, Off Pulau Pangkor, Lumut Perak.

Ada sapa-sapa pernah ke sana? Besh tak? hehe. besh kan kan kan!



this is the first tyme lah kami ke sana. saja survey keadaan kat situ, sesuai tak untuk family day hujung tahun ni. cewah.. alasan je lebih! HAHA. sebenarnya saje je gi sana nak release and spend time together. erk. together lah sangat. bertiga je kot. huahaha. tapi seriously aku cakap. kat sana memang cantik gila lah wa cakap sama lu. menarik. indah sungguh permandangan. yeah. saya sangat kagum dengan alam ciptaan Allah. erm. kat tempat lain tak kurang hebat nya jugak. :) oke la oke lah. i'll make it short. so mari kita baca kisah 3 hari 2 malam aku berada di SSSS dalam satu entri sahaja. hahaha, baca lah. kalau penat, boleh sambung baca esok. Sila buka mata anda besar-besar, dan tutup mata kalau taknak tengok. Sebab entri ni akan ada banyak tulisan dan juga gambar.


Hari Pertama di Swiss Garden - 25 September 2009 - 6 Syawal 1430



Gambar 2: Cantik kan ?

Gambar 3: Pun cantik jugak. kan?

Perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Changkat Jering, Perak. Kalau nak di ikutkan adalah dalam 5-6-7 jam macam tu. Tapi disebabkan kitorang gerak dalam pukul 2.30 pagi. Gila kau nak drive straight ke sana? taknak mamai pulak nanti. kang lain nak pergi, lain lak sampai. aku tak pasti lah sapa yang mula-mula drive. and bila tukar drive. sebab sepanjang mlm (anyway, pagi patutnya) aku tido je macam orang yang tak da hari esok. so aku sedar-sedar dah kat Seremban ke Nilai ke mana tah. yang penting dlm negeri sembilan lah. berenti untuk tido sebab penat memandu. Aku sedar dalam pukul pagi 6.30 gitu. bangun subuh dan buat apa patut. kemudian memulakan semula perjalanan. bergi;ir-gilir memandu. yang aku ingat aku drive dr Selangor/KL sempadan Perak sampai ke RnR Sg Perak. Pastu abang aku pulak sambung drive dan kakek itu amatlah seronok membutakan mata beliau di seat belakang tanpa rasa sadis. Okeh dah. cukup cerita untuk hari pertama. Eh belum. Kitorang check in pukul 3. hehe. ok dah. Jom tengok gambar. hari kedua will be continued below. (betul tak erk ayat aku nih. hahaha. tibai je lah)



Gambar 4: Ok. si gemuk yang selekeh. haha.
ni je barang2 yang kitorang bawak. agak banyak jugak aku rasa.



Gambar 5: Kat depan recreation centre. Nak tengok game apa yang besh dan menarik.

Gambar 6: ni lah abang aku. haha macam lah baru 1st tyme aku tepek gambo dia kat sini.

Gambar 7: Kawan pertama yang aku dapat kat sini. hahaha.
Selamat berkenalan :)


Hari Kedua di Swiss Garden - 26 September 2009 - 7 Syawal 1430



Gambar 8: dining hall dia. biasa-biasa je. sama cam tempat lain gak. haha. tapi makanan nya sodap!



Gambar 9: Abang aku ni lapar betul agaknya. haha. gambar aku takpat la chek nak tengok... lagi buruk gamak nya.

Orang lain maybe dalam mood raya lagi kot time ni. Tapi aku sudah berada dalam mood nak mandi laut. hilang lupa semua pasal raya. huahua. bangun pagi2 of course lah pergi makan dulu. makan banyak pun takda orang nak bising kat kau. sebab kau dah baya. hahaha. aku dengan abang aku memang sangat suka akan makanan. hahahaahahha. so aku ade member nak pulun mkn bebanyak . sebab tu lah size sudah semakin bertambah dari hari ke hari. erm. pas makan, gi pusing2 sekitar situ sebab nak tengok macam mana keadaan kat sana. sesuai ke kalau nak buat family day kat situ. pantai dia ok ke. pasir dia ok ke. kolam dia ok ke. ada kawasan untuk buat games ke. haha gila byk nak tau. salah satu sebab apsal kitorang sebok nak tengok mende-mende ni. tahun ni family day di anjurkan oleh kerabat selatan. so sapa tau boleh tukar destinasi dalam paper work. tapi baru tadi dapat mesej dari kakak aku. dia kata tahun ni family day kat Port Dickson lagi. Maybe tahun depan kot buat kat sini. whatever lah. tapi aku hope sangat buat family day kat sini. sebab memang besh. tak kan nak rasa kami 3 beradik je dia punya besh kan. mesti lah nak angkut satu family ke sana. hahaa.



Gambar 10: Samsara Spa. yeah. nih la dia cantik menarik tertarik.



Gambar 11: Dalam Samsara Spa. sangat nyaman ye dengan alunan muzik yang boleh buat aku tertidur sampai 5, 6 kali sehari.

Gambar 12: Pandai orang ni decorate.

Gambar 13: Saje2 je aku nak buh gambar ni kat sini. hahaa.

Gambar 14: Sauna percuma. haha. gila suam-suam kuku.
kurang oksigen aku duk dalam nih!

tengah hari pergi makan kat Sitiawan. macam ni kot eja dia. makan kat pizza hut. haha. itu pun nak cerita. huhe dulik. petang tu balik-balik terus tukar "uniform". hajat hati nak pergi snorkelling. tapi hampa gila sebab orang tu kata snorkelling cuma pukul 11 am - 2 pm je. hoiii.. semalam tanya tak cakap apa-apa pun. tiba-tiba hari ni kata ada masa tertentu pulak. sedih aku di buatnya. hahah. last-last kitorang gi mandi kolam jap then terus lepak kat recreation centre. main karom, pool, ping pong, gym dan lain-lain. hey kalau korang nak tau, once korang dah check in, banyak games korang akan dapat main dengan free. hehe. seronok kan? tapi macam paint ball tu korang kena bayar la. kalau kayak tu semua, free. besh oh. ha lagi satu, kat situ ada spa jugak. yeyey. aku memang sangat suka la kan. haha. yang menarik kat spa ni. kalau korang amek pakej massage. korang boleh ke sauna, dan jacuzzi dengan percuma tanpa perlu bayar apa-apa. yeah. itu lah yang kami cari. hahaha. so takkan nak lepaskan peluang? of course lah kami ke sinun...... :) wah wah. Swiss Garden kena bagi aku elaun lebih ni sebab mempromosi kan hotel diorang. haha.



Gambar 15: Sangat indah pantai kat sini. :)
Sesuai kalau korang nak honeymoon kat sini. ahhaha.

Gambar 16: Beriya gila. haha. yelah. bukan selalu pergi gym.

Gambar 17: Lama tak layan karom. haha. dah 2 tahun kot.

Gambar 18: Haha. ada jugak gambar aku akhirnya.

Hari terakhir di Swiss Garden - 27 September 2009 - 8 Syawal 1430

Seperti biasa bagun pagi. pukul 8-9 pergi makan. pastu lepak recreation centre buat kali terakhir sebelum jumpa dengan pengurus kat situ nak tanya berkenaan pakej untuk buat family day. tapi batang hidung pengurus pun tak nampak. agak nya dia simpan dalam almari kot hidung dia. buat penat menunggu je. haha. hari ni tak banyak aktiviti sampingan yang boleh di buat. sebab esok nya abang aku kena balik putrajaya. dia kerja. so kena hantar aku balik penang di awal pagi. so mereka boleh balik ke rumah dengan pantas. haisyo.. last-last tengah hari jugak baru sampai kolej aku yang tercinta ni. huawei. dalam pukul 3-4 gitu baru diorang gerak ke Putrajaya. Alhamdulillah selamat sampai semua nya. Maka dengan ini lah tamat lah entri aku untuk hari ni. yippa! Okeh. sekian terima kasih. saja je taip entri panjang-panjang gini. haha. sebab first paper aku dah makin dekat, so takut takde masa pulak aku nak ngadap blog ni lagi. hey , doakan kejayaan aku ya dalam final exam kali ni. :) i'll pray for all of you too!!



Gambar 19: Cewah cewah. konon2 boleh nampak kurus lah buat macam ni.

Gambar 20: See cukup2 20 gambar nya. haha. tak banyak pun :p
See you again!!


regards:

Azwa Zynal
http://azwazynal.blogspot.com

0 Kata-kata Pujangga:

Tuan Punya Blog

Aku. Masih mencari erti kehidupan. Kasih Sayang. Persahabatan.

Entri Berkaitan!~

Related Posts with Thumbnails

Click My Ads :)