My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nazaikha.com
and update your bookmarks.

Thursday, November 12, 2009

Facebook - Mukabuku. Kan?

Atas desakan kawan-kawan. Cewah. Maka aku telah pun meng'sign-up' kan diri di dalam akaun mukabuku (facebook?). Jadi selepas ni harapnya tak ada lagi orang bising-bising sebab aku tak ada akaun mukabuku (facebook?). Ouh cuma harap maklum, aku takmahu akaun mukabuku(facebook?) aku jadi macam akaun friendster dan myspace aku yang mana di penuhi dengan rakan-rakan yang aku tak kenal dan tak tau mana datang. Dah add, semata-mata untuk menambah bilangan 'friends', lepas tu takda keep in touch apa-apa. haha. bukan aku harap sangat pun nak komen or mesej. Cuma aku rasa macam tak seronok pulak dah add lepas tuh dah senyap. 


Lebih baik tak payah add. Budget hot bila kawan beribu-ribu. haha. Macam friendster aku, ada je kawan, tapi senyap. haha. macam tu jugak dengan myspace. sebab tu lah aku delete member-member myspace yg aku tak kenal. Ate... macam mana nak komen-komen bagai, kalau tak kenal. Taktau nak cerita pasal apa. Erm, betul tak? Huhu. Dulu aku macam tuh jugak, add saja-saja. Almaklum lah jakun kan. Sekarang? Dah tak jakun dah. Hehehe.


Jadinya, di akaun mukabuka(facebook?), aku cuma nak add dan approve orang yang aku kenal sahaja. Sahabat handai yang pernah sama-sama menuntut ilmu dengan aku.
1. Batch 1996 - 2001 (SK Seri Binjai (SKSB), Tongkang Pechah)
2. Batch 2002 - 2006 (SMK(P) Temenggong Ibrahim (TiGS), Batu Pahat)
3. Batch July 2007 - Mei 2010 (Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang)

Dan juga.
4. My families.....haha aku tahu diorang ni main fb je. so add cepat!

Mari-mari. Aku dah ada facebook tau! tiada alasan lagi untuk lost contact!


regards:
Azwa Zynal
http://azwazynal.blogspot.com

5 Kata-kata Pujangga:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Aku pun ada akaun fc gak. Tapi tak pernah bukak. Haha..

Sebabnya kat zamrud ni wireless blok fc sebab tak nak internet lembap.

Tunggulah aku balik umah nanti ek..

AzwaZynal said...

Jamal Rafaie:
Salam. Eh kena block erh? hehe .
bagus jugak di block. kalau tak korang asyik nak bukak benda tuh je.
kekeke..

haaa nanti dah balik rumah boleh lah add aku. :)

~Kak AZZ~ said...

haha....betol tu.....kdg2 bila xde sape yg nk komen rasa malu semacam je...sudahnya delete balik apa yg kita post tu...

baik add org yg kita kenal je kan...tp akak tak kenal kamu dan kamu tak kenal akak....so tak payah add la ekk....hehehe....

*just kidding...jgn amek ati k...

Adeqq said...

oke, akan di add nanti.. hehehehe..

btw, jemput join contest kat my blog oke..

AzwaZynal said...

~kak AZZ~:
hehe. kalau nak add, di alu-alukan.
sama juga macam blog.
bukan kita kenal pun sapa-sapa kan.
tapi boleh je main leave mesej dekat chat box. betul tak?
tapi kena bagitau dulu lah kalau akak nak add, hehe kalau tak tau, saya tak approve pulak nanti. :p


Adeqq:
ada contest? apa hadiahnya?
hehe. i will!

Tuan Punya Blog

Aku. Masih mencari erti kehidupan. Kasih Sayang. Persahabatan.

Entri Berkaitan!~

Related Posts with Thumbnails

Click My Ads :)