My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nazaikha.com
and update your bookmarks.

Wednesday, March 24, 2010

Review - Industry Visit!~

ATTENTION !!!

This entry would may-be too long!
And may contain lots of photo.
Industry visit - Lawatan industri.
Lawatan industri - Industry visit.


Haaa kali ni nak cerita pasal lawatan industri yang baru je selesai dua hari lepas. Erm, belum selesai sepenuhnya lah. Tapi alhamdulillah 80% proses melawat industri dah pun selesai. Lepas ni fokus pada presentation dan report pula. Semoga dipermudahkan lah urusan kami. :) Untuk pengetahuan, lawatan industri ni merupakan salah satu course work untuk subjek "Project Management" atau bahasa UiTM nya, MEM375. Apa yang menarik sekali, aku berpeluang melihat sendiri keadaan di kilang, proses pembuatan sesuatu produk, cara mengurus, susun atur kilang, dan pelbagai lagi lah yang mana graduate-graduate engineering course ni boleh guna pakai untuk masa akan datang kalau nak apply kerja dalam industri. haaa, kan besh tu! memang besh gila! hahaha. okehlah, meh aku cerita serba sedikit (eceh.... sedikit lah sangat hehe) pengalaman perjalanan sepanjang lawatan industri lepas.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 18 Mac 2010
Tempat: Kilang Beras Serba Wangi Sdn Bhd, Ahli Kumpulan BERNAS.
Produk: Of course lah BERAS JATI!

Gambar 1: Abaikan ye jaket si gemuk yang dah lusuh tu. Haha

Ok. This is our first visit. :) Tiba ke destinasi lebih kurang pukul 2 camtu kot. Aku pun tak ingat dah. Sampai-sampai terus kena masuk conference room. biasalah, dah nama pun visitor kan. :p Mula-mula kitorang semua dihidangkan dengan introduction pasal background kilang, seterusnya ada video-video mengenai proses-proses yang berlaku dalam penghasilan beras. daripada padi sampai lah menjadi beras, dan akhirnya menjadi nasi yang kita makan hari-hari tu. tak dapat lah aku nak share gambar-gambar mesin sebab dalam kilang tu tak dibenarkan ambil gambar. ate nak buat cemana, dah polisi dia macam tu, takkan nak marah pulak.hehe. redha aje lah. so yang ada cuma gambar kitorang beramai-ramai bersama-sama pensyarah yang mengetuai program lawatan industri ni.

Gambar 2: Bersama salah seorang pengurus kot ni.

Macam biasalah kan, kalau dah melawat ke kilang, mesti ada dapat souvenier :) Baru-baru ni(kotttttt) Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd dah pun mengeluarkan satu produk beras yang baru iaitu EcoBrown. Dapat lah juga merasa macam mana dia punya "rasa" tu sebab pihak syarikat dah pun masak siap-siap untuk kitorang. :p tapi dapat jamah sesudu sorang je lah. hehe okeh la tu dari takde kan. Yang lagi menariknya, selain ada beras EcoBrown, ada juga produk bihun. Wahhhh, rasa apa agaknya tu bihun tu kan? Souvenier untuk kitorang adalah beras EcoBrown 1kg. haish.... 1 kg tu banyak juga kan? Alhamdulillah :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 19 Mac 2010
Tempat: Kilang Teh Boh @ Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highland.
Produk: Teh la kawan-kawan...

Gambar 3

For the next day, we are heading to Cameron Highland! Ni namanya sambil menyelam minum air. Hehe. Tujuannya lebih kepada nak berjalan-jalan je ke sini. Haha. Kat sini, kitorang ke Kilang Teh Boh. Erm, agak jauh juga kan nak naik ke highland tu. Rasanya ni lah kot first time ke sini, naik bas pulak tu, bersama-sama dengan kengkawan dan pensyarah. Kenangan yang sangat menarik sepanjang berada di UiTM Pulau Pinang. Guys, i'm having so much fun with u all! Bergerak dari UiTM lebih kurang jam 10. Dan sampai ke destinasi dalam pukul 2 @ 3 macam tu. Tapi malangnya bila sampai je kilang tu semua proses-proses penghasilan teh dah pun tamat. Haish... sedih tau. Travel jauh-jauh cuma dapat tengok mesin je :( tapi tak apalah, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Betul tak?

Sedikit penerangan dari Mr Parthi mengenai selok belok proses dalam kilang dan penghasilan teh. Yang beshnya kat sini, walaupun semua proses dah tamat, kitorang dibenarkan mengambil gambar-gambar mesin dan keadaan sekitar kilang. Bermula daripada proses pengumpulan daun teh, menggelek daun, pengoksidaan, pengeringan, dan pengasingan.
Okeh, ni antara gambar yang sempat dirakamkan. :)
Gambar 4: Mesin ni digunakan untuk proses pengeringan.

Gambar 5: Mesin ni pula untuk proses pengasingan.

Selesai sudah melawat kilang, maka tibalah sessi membuang masa, dan snap gambar seberapa banyak yang boleh. Haha. Banyak juga gambar kenangan bersama sepanjang berada di Cameron ni. Yelah, lepas ni memang takde lah kan nak pergi ramai-ramai macam ni. Sebelum bergerak ke Shah Alam, pakcik bas berhenti kat masjid yang berdekatan, dan sempatlah juga menyinggah di pasar-pasar nak beli buah strawberi. Haish.. memang tak lengkap lah lawatan ke Cameron kalau tak beli buah strawberi ni. Orang kata, buah ni manis kalau makan kat atas, tapi bila turun bawah (tanah rata), rasa dia jadi masam sikit. Betul ke? Dalam sibuk-sibuk beli buah strawberi tu, sempat juga aku beli sekotak teh uncang perasa strawberi dan sekotak kopi putih perasa strawberi. Sampai sekarang masih belum try lagi. Ehehe ingat nak habiskan dulu stok Nescafe 3 in 1, dan Nescafe for Breakfast dulu.

Puas “shopping” bergegaslah pergi ke bas. Uiii jalan sesak betul, mujur tak kena langgar dengan kenderaan awam kat situ. Kalau tak, alamatnya memang balik Johor terus aku malam tuh, :p Haaa ni lagi satu cerita yang tak kurang menariknya. Hehe. Nak tau apa? Penangan terbaik dari pakcik bas yang memandu, kitorang satu bas termuntah-muntah! Yang ni memang aku takleh lupa. Punyalah aku nak tahan muntah, siap makan asam bagai. Last-last ter…… jugak. Takleh nak buat apa lah. Haha. Dengan yang lelaki nya pun muntah. Haha hilang macho korang semua kan. :p Tapi takpelah, pengalaman tu bukan senang nak dapat. Lepas tu je sedar-sedar je dah keluar highway Shah Alam. Malam tu kitorang semua menumpang teduh di Kolej UiTM Shah Alam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 20 Mac 2010
Tempat: Kilang Royal Selangor, Setapak, Kuala Lumpur.
Produk: Pewter. (banyak sangat produk dia wehhhh)
Gambar 6 : Royal Selangor

Keluar dari kawasan UiTM Shah Alam lebih kurang jam 9.30am. Tiba ke destinasi tak ingat pulak kul berapa. Kat sini semua produk dia handmade! Haaa ambik kau! Memang patutlah harga dia mahal! Jenuh tau nak buat. Ada sorang auntie ni sempoi je dia buat “casting”. Haishh bergaya habis. Tuang mold macam tuang air sejuk je. Kalau kena kat tangan tu, alamak… Allah je yang tau macam mana sakit dia. Selain casting, ada juga proses "milling". Auntie yang ni pun tak kurang hebatnya. Smooth je dia buat kerja. Kalau aku lah yang buat, hahahahaha. Senyum je manager tu mampu tengok kot. Oh ye. Ada satu produk yang betul-betul menarik minat aku. Apa orang panggil tu? Trophy erh? Piala? Ala aku tak tau apa nama dia. Tapi benda alah tu untuk Formula 1 @ F1 yang akan datang ni. See.. mesti mahal gila kan! Handmade wa cakap lu. Jiwa kental lah yang buat tu.

Gambar 7: Khusyuk mendengar penerangan oleh Ms Geetha

Gambar 8: Sebahagian produk.

Haaa cerita pasal harga macam yang kat aku cakap tadi. Serius mahal. Sesuai lah dengan penat lelah orang-orang yang buat produk tu. Bayangkan frame kecik je harga dalam lingkungan RM100-RM200. Tu baru yang kecik. Belum yang besar-besar. Haha. Aku mampu tengok je lah kan…… :p Lepas habis pusing-pusing. Macam biasalah kan, kalau tak ambik gambar memang tak sah dan tak lengkap lah program tu. Dan seterusnya lepas je habis lawatan, terus bergerak semula ke Penang. Haish…baru ingat nak ajak miss pergi mana-mana. :p Tengok gambar jom~
Gambar 9: Auntie ni la yang buat casting tu
Gambar 10: ni proses milling.
Gambar 11: haa ni aku tatau. hahaha mengukir kutttt..
gambar 12 : haish.. part ni memang style! 
Gambar 13 :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 21 Mac 2010
Tempat: Kilang Gula Padang Terap.
Produk: Gula


Gambar 14: Haa.. kat sinilah semua tebu-tebu di kumpulkan.
Tapi sekarang diorang dah tak pakai tebu untuk buat gula.
Diorang beli raw material dari Brazil.

Haaa.. aku rasa semua kilang yang kitorang pergi semua besh. Tapi kilang kali ni adalah yang terbaik@terbesh antara semua kilang tadi. Sebabnya? Kitorang dapat ambik gambar segala jenis mesin yang ada kat situ, dapat tengok semua proses-proses penghasilan gula dari awal sampai akhir. Sampai ke peringkat packaging pun boleh tengok. Tapi packaging tengok dari luar je lah. Kitorang sampai ke kilang agak awal. Ada sedikit taklimat dan minum petang. Penyampai taklimat tu sangat kelakar dan besh. Apa yang dia terangkan sangat membantu dan jelas. Yang ni malas nak cerita banyak, sebab dalam kilang tu sangat bising sampai aku tak dengar encik tu cakap apa. Haha so jom kita usha gambar k.
Gambar 15: Ni merupakan output yg kita dapat dari setiap proses.

Gambar 16: Conveyor ni la yg bawak raw material ke mesin
gambar 17: ni raw material dia. banyak gila~

gambar 18: haa tu nampak tak gula dia? ni belum habis proses lagi.
Selain masuk dalam vacuum pan, gula ni juga kena ada process heating dan cooling dia sendiri.

gambar 19

gambar 20: ni la dia
"vacuum pan"

gambar 21: kat sini kita takboleh kawal bentuk gula ye.
contohnya, tak boleh la nak gula tu bentuk segitiga ke bulat ke apa ke.
Sebab bentuk dia memang crytallize.
Jadi kita cuma boleh adjust size dia sahaja.


gambar 22 .

gambar 23

Maka tamatlah sudah penceritaan berkenaan lawatan industri. Hahaha. Apa yang pasti, aku sangat happy sepanjang perjalanan walaupun termuntah-muntah, penat, lapar, dan sebagainya. Well, adatlah kan semua ni. Apa yang buat aku happy? Meh aku bagi tau…
Antaranya:
1) Banyak benda baru aku belajar. Daripada proses sampai ke produk! Kalau sebelum ni dengar teori je, kali ni aku dapat tengok dengan mata kepala aku sendiri macam mana proses-proses untuk satu-satu produk. takde pinjam mata kepala orang lain punya! memang marvelous! tak rugi dan tak buang masa.


2) Dapat spend masa dengan kengkawan! yeeee yang ni memang favourite aku la kan. i'm having sooooooo much fun with all my classmates! sangat seronok ok! lepas ni duk shah alam kita gi genting lak wehhhhh! :)) Sayang lebih lah kat korang semua.


3) Dapat jalan-jalan! hahaha yang ni lagi favourite! dah kata aku memang jenis manusia suka travel. hehehe. Dengan experience yang mantop! haha satu bas muntah-muntah dek kerana mabuk jalan. kekeke. penangan dari pakcik bas. i love u la pakcik. terima kasih banyak-banyak :) alhamdulillah kita semua selamat pergi dan selamat balik. :)


4) Dapat menggayakan DSLR kesayangan! yeayyyyyyyyyy!! this one i like damned much! hahaha. P.H.O.T.O.G.R.A.P.H.Y is
my whole life PASSION! teringat kenangan dulu-dulu. sampai kakak aku marah sebab selalu bawa camera pergi sekolah, beli filem beriya-iya (dulu belum berduit nak beli digital), tapi gambar aku cuma sekeping dua je. yang lain penuh gambar orang lain dan other environment. hehe. nak buek camno? dah aku suka.... tak kesah kalau gambar aku takde pun. sebab aku puas bila dapat ambik gambar. hehe tapi kadang-kadang takleh gak kalau gambar aku takde. tak aciiiii!!! :p

Haaa itu ajelah post aku untuk kali ni. Hehe jarang update kan, sekali update sikit punya panjang. Hehehe. Sorry lah k. Takpe takpe, nanti dah tua besok boleh bagi anak cucu aku baca. hahaha! By now, ada lagi satu visit. tapi taksure lah pulak bila n ke mana. Jangan risau, nanti mesti aku update punya lah! ~

"Jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengalaman!"


regards: 
Azwa Zynal
http://azwazynal.blogspot.com

5 Kata-kata Pujangga:

Syazwann Al-Qwantani said...

sy na p royal slangor lgi haha~ tmpat tu sgtla dkat ngan umah kdua sy .. jln kaki pn smpai tp sblom ni ingtkan xleh masuk huu~ papon mmg sgt best!!n yg paling byk blaja,kat kilang gula tu la,rasa na dok je blaja situ tp..jauh ya amat!!~

AzwaZynal said...

megat:
rumah kedua? waa pasni buleh arr pegi situ lagi haha~
erm betul3, kat kilang gula tu banyak jugak dapat input. hehe betul2 dia terangkan satu persatu untuk setiap proses~
ingat na try la praktikal situ degree nt..hahaa~ menarik~~

. said...

azwa, interestingnya kau punye stuD. dapat jalan n blaja benda2 gini..

Jamal Rafaie said...

Aduh..

Best giler la.. Klas aku x tau lagi nak pergi bile.. Walhal kilang2 ni banyak pasal manufacturing, tapi tak g jalan2 lagi.. hehe..

AzwaZynal said...

fuza:
memang besh :) hehehe
aku suka bila masuk dalam industry hehe

jamal:
haha aku rasa semua kilang pun pasal manufacturing.. memang tak rugi pegi kilang2 ni, banyak benda kita belajar.
bdw, insyaAllah khamis ni kitorang ada visit lagi.. :))

Tuan Punya Blog

Aku. Masih mencari erti kehidupan. Kasih Sayang. Persahabatan.

Entri Berkaitan!~

Related Posts with Thumbnails

Click My Ads :)