My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nazaikha.com
and update your bookmarks.

Monday, June 7, 2010

Israel vs. Palestine, MillatFacebook vs. Facebook!~

Salam.. Lama rasanya tak mengupdate jelir. Sejak dua menjak ni kita heboh dengan cerita berkenaan Israel yang menghentam rombongan sukarelawan yang nak menghantar bantuan ke Palestine. Jujurnya, aku memang marah betul dengan Israel. Sedih. Kecewa semua ada. Aku tak boleh terima tindakan diorang yang tak berperikemanusiaan tu.

:ayokona:

Tapi apalah daya aku insan yang lemah ni nak menentang diorang ni balik. Hanya doa dan al-fatihah yang dapat aku bantu dari kejauhan. Ecewah!~ Dah apehal kan buat ayat macam nak buat ucapan raya kat radio ni. Hehehee. Saje je nak tacing2.. ;p

Erm.. kalau perasan, hampir satu dunia mengamuk penangan dari Israel ni. Mana tak nya, kesannya boleh nampak dalam diri aku sendiri. Kalau sebelum ni memang jarang lah kan aku nak tengok berita kat tv tu. Semedang lah duk ngadap laptop. Tiba-tiba lak eh aku sepanjang masa nak dengar berita. Pukul 2 3 pagi mengadap Astro Awani. Ha tak pelik kau dengar aku tengok berita pepagi buta tu? hehe. Sana sini heboh pasal tindakan kejam para zionis dari Israel tu.

Boikot sana, boikot sini. Aah ye. Boikot, tapi kau pergi jugak makan kat mcdonald? Shopping kat carefour? Takkan tatau produk apa mana yang perlu di boikot,, mana tak perlu? Kalau tatau boleh google k. Kalau aku rajin nanti aku buat lah entry special pasal barang2 boikot ni. Tapi buat masa ni aku malas lagi. haha. Walau camne pun, kita kan ada HPA! Produk muslim tu...apa lagi yang nak dikecohkan? Pergi je lah stokis HPA berdekatan, bukannya takda barang-barang kita nak. Kita ni je tak reti nak menyokong orang islam punya produk. Sibuk no membangga2 dengan produk amerika tu. Haha.

Lagi satu kalau boleh lepas ni, elakkan lah 'shopping' dekat 7Eleven. Kenapa? Erm.. Sebabnya 7E lah satu-satunya kedai yang beroperasi menjual arak secara terbuka. Kau masuk-masuk nak beli air teh krisantimum, air tu betul-betul sebelah carlsberg punya produk. Apo bondo eh tu? Maksudnya 7E turut menyumbang duit2 yang dia dapat untung tu kat carlsberg la kan? Erm.. lu pikir lah sendiri..

Oi dah dah. Aku sebenarnya tadi bukan nak cerita pasal ni. Aku nak cerita pasal facebook & millatfacebook. Korang dah tau lom apa benda millatfb ni? Ramai duk tanya aku apa benda nate millat ni.. Erm.. yang korang duk join group "millatfacebook cabar facebook" tu korang tak baca ke info dia dulu? Pelik betul lah aku. Main join ikut dan dia je..Pastu bising2 tanya itu ini. Kalau kau baca info kat situ, segalanya terjawab. Takpun rajin-rajin lah sikit google pasal benda tu. Aku memang malas lah nak cerita kat sini kan. Kalau nak tau lagi, boleh baca kat sini. Wah marah betul aku..haha tade la, bukan marah, bengang-bengang manja ni. wakaka!~


Untuk pengetahuan anda semua, hari ni jam pukul berapa pagi tah tadi dengan rasminya aku telah menutup akaun facebook aku yang selama ni telah menjadi peneman dikala susah senang, suka duka, dan lain-lain. Selain daripada facebook, aku juga telah selamat menutup akaun friendster, dan myspace beberapa hari yang lepas. Kenapa aku tutup? Sebabnya aku dah malas join benda2 cam ni dah. Eh eh buat masa ni lah ye. Bukan selama-lamanya. Memandangkan sekarang ni dah ada social site yang diasaskan oleh golongan muslim, so siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita orang islam sendiri? Tak susah pun weh. Sign up je lah. By da way, ada juga yang mempertikaikan katanya terlalu banyak propaganda diwujudkan untuk memburukkan lagi keadaan.



Ni berkeMUNGKINan besar pasal berita yang aku dapat semalam la kut. Sapa yang sempat baca kat profile aku mungkin ada baca lah kan. Sapa takda, aku percaya kat profile orang lain pun mesti ada punya benda ni. Disebabkan terlalu banyak cerita sampaikan aku sendiri jadi bengong dan tak reti dah nak membezakan mana sahih mana tak. So kata sepakat telah dicapai oleh organ-organ jiwa aku dan oleh itu, tindakan menutup akaun juga telah diambil. Aku dah malas nak dengar macam-macam cerita. Sekarang ni akaun social site yang aku ada cuma millat sahaja. Salah satu sebab kenapa aku percaya pada mfb, eh percaya tu tade lah sepenuhnya. tapi agak yakin lah kan sebab benda ni orang islam punya. Tapi biasalah tu kan orang kita ni, benda-benda macam ni bukannya nak diambik kira sangat. Semua tak heran dan lebih mementingkan hiburan semata walaupun dah tau apa disebaliknya. Pehh ayat bajet bagus. Nak kena lempang ke hape ni. haha.




Oklah, sebenarnya cuma nak bagitau yang aku dah tak ada fesbuk, frenster, mespes. Semua dah tak ade dah. Kot tiba-tiba korang jumpa nama aku, tu bukan aku tau.. haha. Anything boleh lah kita berhubung guna ym dan millat. Eh bukan ke memang ada dalam al-quran yang bila tiba masanya nanti, teknologi-teknologi ni semua dah tak selamat dan tak diperlukan. Akhirnya, semua kita kan kembali semula macam zaman nabi iaitu dah tada dah nak berperang pakai pistol bagai, yang tinggal cuma parang, kapak dan sebagainya. Aku lupa mana dapat kat mana info ni, rasanya terbaca masa lepak kat Popular Jusco Perda kot. Apa-apapun semuanya terpulang pada individu. Kalau kau rasa selamat je guna pesbuk tu tade hal. Teruskan lah. Tak ada masalah. :) Jangan sebab benda ni kita pulak yang berpecah belah. Ok? :)






Sapa-sapa nak add aku kat mfb, boleh lah klik kat sini.

3 Kata-kata Pujangga:

fitri said...

wah..da potong abes..hehe..buat masa ni nak biar je dulu fs tu walaupun bakal bersawang tak lama lagi..

ntahlah..rasa mcm fs tu dah tak suit dengan kite lg..

currently, mfb doing well..tp lembab sket la..mayb trafik tinggi kot..so server xlarat nak tampung..tgk mfb ni cm hybrid fs+ms+fb lak..hehe

bdw, thkz for the link referrer!

AzwaZynal said...

fitri:
haha aah potong habes.. tinggal 1 je ;p fs pun dah tade apa tinggal..

mfb ok sikit cuma buat masa ni mmg slow gila, notification pun tak naik.. lama-lama ok la tu :)

hehe my pleasure :)

ipa faiza~ said...

azwa.. cantek layout baru..
meh amek award kt blog akak~ :)

Tuan Punya Blog

Aku. Masih mencari erti kehidupan. Kasih Sayang. Persahabatan.

Entri Berkaitan!~

Related Posts with Thumbnails

Click My Ads :)