Yeah, this is the day!~ Kalau ikut aturcara program, sepatutnya pagi ni ada poco-poco dan riadah ringkas. Tapi masing-masing pun malas nak tinggalkan katil dan tilam yang melambai-lambai, last-last, riadah ke mana, poco-poco ke mana. berpoco atas katil je lah.
Lepas bersiap-siap, aku terus breakfast lah apa lagi. Hehe memang takkan tinggal makan punya lah kalau dah kumpul satu family ni lagi-lagi bila makcik-makcik yang masak. Memang awesome!~ Lepas makan, terus turun pantai.

untuk kategori bebudak tak cukup umor ni, ada 5 games.

ok, boleh klik gambar kat atas tu bagi kaedah tumbesaran. macam yang korang nampak lah, first game dorang adalah 'tiup belon sampai pecah'. second, 'isi air dalam botol guna span'. third, tah apa nama nya tah, tapi dia punya game ni, kau pindahkan getah guna straw, pastu letak kat botol.. kot.. hehee tak sure lah sebab masa game yg ni aku tak berada di tempat kejadian. and the last game, cari gula-gula dalam pasir. hehe seronok tengok bebudak ni huru-hara. yelah, bebudak pun nama. eh ada lagi satu sebenarnya, junjung buku atas kepala.

habis je game bebudak ni, turn kitorang yang muda remaja lah pulakkkk kan? hehehee.. seronotttnye...

ok, gambar atas ni masa mula-mula nak kena tentukan group. haha nebes kauuuu!~ padahal nak tau group je. hehe kitorang kena kira lah 1-3, ulang-ulang. dan aku adalah group yang kedua..hehe satu group dengan kak dah, achik, kak long, hakimi, shazny, & nabilah. ok lah tu beb!~ tak ade remaja purba, haha kami generasi hebat yg ramai ni. heeee


first game kitorang, erm.... apa erk? aa jalan atas tempurung! weh ada ke tempurung kitorang talinya asyik nak tercabut je.. ekeke arghh dah sah-sah lah kitorang kalah kan? aish.. takpe takpe, hero kalah dulu . tapi tercabut ok lagi, hahaha group 1 lagi lah dasyat, sampai pocah tempurung dibueknyo.. ganas ehhh si hariz ni. hahaa efeknya? group dorang kalah lah walaupun kumpulan paling awal sampai! wakaka!~ padan muka korang. next tyme pecah kan lah lagi weh..... tapi kalau satu group ngan aku, jangan lah pecahkan..heheeee


ahli group aku yang berwibawa!~


second game? bina menara tertinggi. haha cam gitu la kot bunyi nama game tu, aku mana tau. ehehi. tau main je :p kitorang diberi cawan plastik SAHAJA dan dikehendaki mendirikan sebuah menara yang paling tinggi dan kreatif. eh tapi bukan semua ahli boleh buat tau. sorang saje. dan yang sorang tu kena tutup mata nya & diikat pakai kain. so dia akan bina menara tu atas arahan ahli group yang lain. game ni paling kepoh sekali.. actually semuanya mula dari group aku. hehe, kitorang punya menara yang tak seberapa tu tiba-tiba runtuh ditiup angin. apa lagi? takkan nak biarkan kitorang punya je yang runtuh? hentam kumpulan lain punya jugak lah wehh! ehehi, masa ni la tercetusnya perang dunia ke lapan!

sampai busu pun lari, takut, dah anak-anak buah dia mengganas ngalah kan dugong. memang haru lah sekejap tepi pantai tu. dah bila semua menara runtuh, sapa yang menang? aku pun tatau. hehee.

haha taklama pun menara dorang ni berdiri tegak


nampak yang baju hitam berlari tu? dia punya group kat hujung nuuunn (xda dlm gambar). hahaa tu nak pi robohkan menara group lain la tu. ehehi!

third game pulak? 'tolur sapo tak pocah ehh' . ha! jangan pikir bukan-bukan! tolur ayam ye korang. haha, game yang ni kitorang dibagi suratkhabar, selotep. dan telur ayam sebiji, bukan telur rebus ye, tapi telur pure dari ladang. kitorang kena balut telur tu so bila nanti pengadil campak kat kayu balak, bila bukak balutan tu, telur tu still tak pecah. ada faham? nanti family day korang, boleh la try game ni. hehe. game ni telur group aku tak pecah. ehehi!

and the fourth game? jalan 3 kaki. paham dop? kira kau kena jalan pairing, kaki kau (kanan) dan kaki partner (kiri) tu diikat. then jalan. hehe akhirnya, game yg ni group aku menang! hahaha dari tadi duk kalah n seri je, kali ni MENANG OKEH! hahaha. bangga doe.

seterusnya, game makbapak. ouh aku tatau kategori ni ada berapa game. sebab aku cabut gi mandi laut. hehe. aku naik atas je tengah game anyam ketupat.
lepas abes je game ni, kitorang yang anak sedara perempuan ni kena naik rumah sebab kena memasak! ok family day tahun ni lain sikit, sebab dah keluar rules baru. anak dara kena buat lunch, anak bujang kena buat tea. makcik-makcik dah buat breakfast kan. hehe pakcik-pakcik makan saje lah. tapi next year tatau lah kalau anak bujang kena buat lunch? aiyoooo!~ puasa lah jawabnya semua orang..! ehehi!
tapi alhamdulillah lah kitorang berjaya masak dengan bergayanya. haha memasak pun kena ada tugas dan group nya jugak. kalau tak, alamatnya lambat lah siap. aku, kak aku buat sambal ponorogo. AGAIN! haha. anak-anak ibu zai, buat sup sayur. anak-anak pak ngah pulak buat pajeri nenas. mira n kezen lain pulak buat telur dadar. hehe simple je. syaratnya yang makan tu takleh komen.

ada lagi cerita pasal game. tapi yang ni buat masa bbq nite. so kena cerita dalam entri bbq nite lah kan? hehe. tungguuuu...
boleh baca kat sini jugak.. ---->
sini..tekan sini..
4 Kata-kata Pujangga:
wah....bestnye~
lame da x g family day...adela 3 4 taun lepas..huhu
poco-poco atas katil memang xjd la....poco2 sambil buat peta..hehe
hehe. tahun ni ajak lah family gi. memang besh!~ masa ni lah leh tengok perangai gila2 masing-masing. hehe. seronok!
memang poco-poco atas katil pun. haha. berapa kerat je yg turun tah? budak2 kecik je kot.. :p yang beso semua enak sambung tido
ni penangan lens baru ke hehe
megat:
hehe. not bad lah lense dia :p tapi macam kena cari 18-200 gak la weh.. susah lah asyik nak kena tuka lense aje :p
Post a Comment